Sekolah


Perasmian Sekolah Menengah Tun Habab oleh Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran ketika itu Dato’ Mohammad Rahmat pada 30 September 1971.


Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Habab, Kota Tinggi pada awalnya menggunakan nama Sekolah Menengah Rendah Kota Tinggi, yang mula beroperasi pada tahun 1965. Ketika itu, pembinaan bangunan sedia ada sedang dijalankan. Oleh itu, pelajar sekolah ini menumpang sementara di Sekolah Menengah Kebangsaan Laksamana.

          Pada peringkat awal, bilangan pelajar sekolah ini adalah seramai 120 orang membabitkan pelajar tingkatan satu sebanyak empat buah kelas. Menjelang pertengahan tahun 1967, tiga blok bangunan dua tingkat siap dibina dan pelajar sekolah ini mula belajar di bangunan sendiri. Jumlah pelajar kemudian bertambah, dengan empat buah kelas dibuka untuk setiap tingkatan 1, 2 dan 3.

          Pengetua pertama yang berkhidmat di sekolah ini adalah Haji Othman Haji Abd. Hamid (1967-1973), beliau dibantu oleh 20 orang guru. Pada tahun 1967 juga, pelajar-pelajar tingkatan 3 pertama kali menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP).

          Nama Sekolah Menengah Rendah Kota Tinggi kemudian ditukarkan kepada Sekolah Tun Habab pada 30 September 1971, perasmian sekolah ini dilakukan oleh Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran, Datuk Mohamad Rahmat.

          Nama Tun Habab dipilih mengambil sempena nama bendahara kerajaan Johor iaitu Bendahara Abd. Majid Tun Habib Seri Maharaja Padang Saujana. Beliau masyhur dan terkenal ketika pemerintahan Sultan Mahmud Shah (Mangkat Dijulang), yang memerintah kerajaan Johor dari tahun 1685 hingga 1699.

            Jumlah pelajar SMK Tun Habab adalah seramai 939 orang yang meliputi pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 6, manakala jumlah guru adalah seramai 85 orang dan 14 orang staf sokongan. Senarai Pengetua yang pernah berkhidmat di SMK Tun Habab:


Tahun

Nama Pengetua

1967 – 1973

En. Osman bin Abd. Hamid

1973 – 1975

En. Kasmuri bin Sadiman

1975 – 1979

En. Sakban bin Hj. Muksan

1980 – 1985

En. Ibrahim bin Md. Rawal

1985 – 1990

En. Senan bin Ibrahim

1990 – 1994

Tn. Hj. Mohd Yusof bin A. Rahman

1995 – 1996

Pn. Wan Fatimah bte Ahmad

1996 – 1998

Tn. Hj. Selamat bin Hj. Mansor

1998 – 2001

Tn. Hj. Md. Kasim bin Hussin

2001 – 2002

Tn. Hj. Sufaat bin Tumin

2003 – 2004

Pn. Hjh Junaidi bte Santano

2004 – 2012

En. Mustafa bin Sani

2012 – Sekarang

Cik Hjh Radiah bte Suliman





Created with Artisteer

0 comments:

Post a Comment