Bendahara Tun Habib
http://en.wikipedia.org/wiki/Tun_Habib_Abdul_Majid
Tun Habib merupakan Bendahara terbilang kerajaan Johor, dan menjadi
Bendahara di bawah pemerintahan dua orang sultan iaitu Sultan Ibrahim Shah
(1677-1685) dan Sultan Mahmud Shah (1685-1699), yang dikenali Marhum Mangkat
Dijulang.
Beliau turut dikaitkan dengan keturunan ’Ahlul Bait Rasulullah SAW’, dan keturunan Kesultanan Aceh melalui moyangnya seorang Sayyid yang berasal dari Hadhramaut, Selatan Yaman.
Tun Habib mula mendapat kedudukan dan mempunyai pengaruh besar dalam pemerintahan kerajaan Johor bermula tahun 1688. Beliau telah menyusun semula pentadbiran dan pembesar istana. Kegiatan perdagangan kerajaan Johor dimajukan, sehingga Johor terkenal dan menjadi negeri yang makmur (1688-1697).
Tun Habib Abdul Majid meninggal dunia pada 20 Mac 1697 dan disemadikan di Kampung Makam, Kota Tinggi. Sejarah keturunan dan kepimpinan beliau tidak berakhir di situ, tetapi berkesinambungan, dan menjadi induk kepada susur galur pemerintahan Kesultanan Melayu bagi kerajaan Johor, Pahang, Terengganu dan Selangor hingga hari ini.
Kemangkatan Sultan Mahmud Shah (Mangkat Dijulang) telah mencatat satu sejarah penting negara, dan menaikkan keturunan bendahara kepada martabat sultan dalam pemerintahan Kesultanan Johor. Oleh kerana Sultan Mahmud tidak mempunyai zuriat lelaki, bendahara Paduka Raja Tun Habib Abdul Jalil (anak bendahara Tun Habib Abdul Majid) menjadi Sultan Johor ke-11 dan bergelar Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV (1699-1718). Makam Sultan Abd. Jalil Riayat Shah IV ini dikatakan terletak di Kampung Panchor. Tetapi, ada sumber mengatakan makamnya terdapat di Pahang.
0 comments:
Post a Comment