Lencana / Logo
Berbentuk Bulat
Melambangkan pemuafakatan antara pelajar, guru-guru, ibu bapa dan masyarakat setempat. Hal ini bertepatan dengan pepatah melayu “Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat”.
Motto
“Ilmu, Kokurikulum, Akhlak” - warga SMK Tun Habab mementingkan keilmuan, penglibatan dalam bidang sukan dan mengutamakan akhlak yang terpuji.
Padi
Melambangkan nilai murni yang ingin dipupuk kepada seluruh warga SMK Tun Habab.
Logo TH
Singkatan nama sekolah, yang diambil daripada nama Bendahara Kesultanan Melayu Johor ke-19, Bendahara Abdul Majid Tun Habib Seri Maharaja Padang Saujana. Seorang Bendahara yang masyhur ketika zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah (Mangkat Dijulang).
Warna Merah
Melambangkan kegigihan, kecekalan, kerajinan serta semangat yang berkobar-kobar dalam merealisasikan motto sekolah dan wawasan pendidikan.
Warna Biru
Melambangkan perpaduan dan kesefahaman yang terjalin antara pelbagai kaum, serta suasana persekitaran yang harmoni.
Warna Putih
Melambangkan nilai-nilai murni yang ingin dipupuk kepada seluruh warga SMK Tun Habab.
0 comments:
Post a Comment